Bahasa Rakyat
Add
Keladi muda muda buahnya; menurut hati muda berkelahi sudahnya
Orang muda
yang musah marah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti langau di ekor (belakang) gajah
g
lebih
besar
atau
pandai berani
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan ditentang matahari condong
Jangan
dinanti dan dicari
kemarahan
orang
besar-besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti langau dipantat gajah
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ular bercampur belut tak akan hilang bisanya
Orang
yang
jahat
itu
jika
berhimpun
dengan orang-orang
baik
tidak
akan
hilang
tabiat jahatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ular bercampur belut tak akan hilang bisanya
Orang
yang
jahat
bergaul dengan
orang
baik
tidak
akan
hilang
jahatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada berkibar panji-panji sutera yang mulia melainkan bersiir tiangnya yang hina
Raja
menjadi
besar
dan mula kerana
hormat
rakyat yang
hina
dina.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Naik tak bertangga turun tak berpintu
Melakukan
sesuatu
yang
salah
dan
tidak
mengikut
peraturan;
Orang
memanjat rumah
orang
kerana
hendak
berbuat jahat
dengan perempuan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kasturi mati kerana baunya
Perihal
orang
yang ditimpa
bencana
kerana menunjukkan kelebihannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebanyak bintang di langit (pantai) (jibun)
Sangat
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
41
42
43
44
45
[46]
47
48
49
50
[c] 2021 Petak Ajaib PLT