Bahasa Rakyat
Add
Itik hendak diajar berenang
Sia-sia mengajar
orang
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa kena cubitan dialah yang berasa sakit
Siapa yang
berbuat salah
dialah
menanggung
kesusahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kemalangan dapat merampas seseorang itu daripada kekayaannya melainkan keberaniannya
Harta
kita dapat dirampas tapi
bukan
keberanian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang segantang takkan jadi secupak.
Jika sudah ditakdirkan
seseorang
itu
rezekinya
sebanyak
itu;
bagaimana
kuat
sekalipun;
Jikalau
ajal
telah sampai;
tidak
dapat disambung lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dulukan yang dulu makan garam
Utamakan
orang tua
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Angguk enggan geleng mahu tunjuk tidak diberikan
1.
Membuat
kerja berlawanan dengan yang dimaksudkan. 2.
Lain
dikata
lain
dibuatnya. 3.
Tidak
berterus terang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Supaya tahu dimasin garam
Suatu
ajaran
supaya tahu
bagaimana
susah
hidup
kelak
akan menajdi
pengajaran.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salangkan tak hujan becak inikan pula hujan
Sedangkan kita
tidak
buat
dikatakan
orang
apatah
lagi jika membuatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah
Tidak
tahu
menjalankan
pekerjaan
peralatannya dipersalahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Memberi makan anjing di tembikar memberi makan gajah dengan alatnya
Membuat
sesuatu
kena pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
40
41
42
43
44
[45]
46
47
48
49
[c] 2021 Petak Ajaib PLT