Bahasa Rakyat
Add
Marahkan nyamuk bakarkan kelambu
Merosakkan
harta
kerana marahkan
perkara
yang sedikit; Marahkan
orang
rumahnya diruntuhkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pasukan meriam
Pasukan tentera yang
bersenjatakan
meriam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti durian dengan timun menggolek rosak kena golek binasa
Orang
yang lemah
tidak
boleh
melawan
orang
kuat kerana
baik
buruknya
itu
akan
beroleh
binasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melakak kucing di dapur
Menganiayai
sanak-saudaya
atau
orang
yang sangat
rapat
dengan kita
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Percintaan sebagai tangkai embun
Cinta yang
tidak
kekal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takut akan mayat (hantu) terpeluk bangkai
Takut
risiko
kecil
untung
yang
besar
dilepaskan. ;
Menghindarkan
diri dari
kesusahan
jatuh ke dalam
lebih
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jari kuntung dimasukkan cincin
Tiap-tiap
perkara
yang
bukan
pada tarafnya
itu
terlalu canggung pandangan
orang
serta
menjadi
keaiban
pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ikan bujuk terlepas bubu
Orang
yang
cepat
menghilangkan diri
selepas
terlepas dari sengsara.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kucing menyembunyikan kuku terlihat panggang berubahlah laku
Pura-pura
baik
sehinggalah bertemu dengan
apa
yang disukainya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merawal menulang bukit cerana menengah kota
Telah dinyatakan
sebelum
dikatakannya;
Orang
yang akan mengajukan
permintaan
biasanya
dipakai
ketika majlis
peminangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
40
41
42
43
44
[45]
46
47
48
49
[c] 2021 Petak Ajaib PLT