Bahasa Rakyat
Add
Beban berat senggulung batu
Tanggungan yang
berat
.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putus tali putus (kelawan) keluan; putus (kelikir) keluan rompung hidung
Telah bercerai
betul
dengan
sanak saudara
kerana perselisihan
tidak
lagi dapat diperdamaikan
kecuali
cara
yang
memalukan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air pasang batu bersebak
Perselisihan yang
besar
akan
mencerai-beraikan
orang
bersahabat
atau
bersaudara.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lampai bagai pimping di lereng lemah bagai lenggundi muda
Puji-pujian
terhadap
perempuan catik yang mempunyai
potongan badan
cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kilat senjata seperti petir tunggal
Kepantasan
seseorang
hulubalang
atau
yang berani serta kuat bunyi tempiknya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kena sentung pelalai
Ilmu
yang dikenakan kepada sesorang gadis supaya dia lalai dan
tidak
ingat
suami
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tukang serobot
Orang
yang suka
mencuri
(merampas)
harta
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Angin tegang kelat
Angin
kencang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kerbau runcing tanduk
Orang
yang sudah
terkenal
sifat kejahatannya jika
ada
orang
lain
berbuat jahat
dia
juga
disangka melakukannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kambing keramat
Orang
yang ditakuti.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
40
41
42
43
44
[45]
46
47
48
49
[c] 2021 Petak Ajaib PLT