Bahasa Rakyat
Add
Bagai keli kena ketuk
Orang
yang bersungut-sungut dengan
tidak
tentu
hujung
pangkalnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak rasa di liang lahat
Orang
yang terlalu
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tikus jatuh ke dalam gedung beras
Orang
yang
mendapat
keuntungan
atau
kemewahan
tidak
diduga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai bersumur di tepi rawa
Selalu cemburu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah berak besar; (pelanduk) kancilpun hendak berak besar; (akhirnya mati kebebangan)
Orang
miskin
yang
ingin
meniru
kehidupan
orang
kaya;
akhirnya akan
menderita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buah masak seulas
Malu kerana
terhutang budi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan diperlelar timba ke perigi talinya kalau tak putus genting
Jangan
dibiasakan
perbuatan
yang
jahat
kerana
akibatnya
jika
tidak
mati sakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Muncung penuh dengan air perut berisi batu
Umpama hakim tiada dapat
menyatakan
apa
yang
terasa
dalam
hatinya kerana telah
berhutang budi
atau
makan
suap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anak monyet di hutan disusui anak sendiri di rumah kekeringan
Mengutamakan urusan
orang
lain
daripada
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana lemak-lemak santan berlada
Perkataan-perkataan yang manis dan
lemah lembut
tetapi mengandungi
sindiran
tajam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
40
41
42
43
44
[45]
46
47
48
49
[c] 2021 Petak Ajaib PLT