Bahasa Rakyat
Add
Tidak tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah
Tidak
tahu
menjalankan
pekerjaan
peralatannya dipersalahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimana tembikai nak berlaga dengan durian?
Orang
yang berkuasa mudah
mengalahkan
lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ayam tak berkokok hari tak siangkah?
Jika
seorang
sahaja
yang
tidak
suka akan
sesuatu
pekerjaan
jadi
itu
sedangkan
orang
lain
masih
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air tuba dibalas dengan air susu
Budi dibalas
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai si bisu berasian terasa ada terkatakan tidak
Orang
yang
takut
dan malu mengeluarkan perasaan hatinya walaupun dia tahu
apa
hendak
dikatakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kerbau menanduk anak dengan kaparan tanduk bukan dengan hujung
Ibu
yang memukul anaknya untuk memberi
pengajaran
dan
bukan
menyiksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jatuh tiada berkait (berjolok)
Permintaan
berlaku dengan tiada diminta.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Barisan berani mati
Tentera yang
rela
mengorbankan
nyawa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan disesar gunung berlari hilang kabut nampaklah ia
Sesuatu
perkara
atau
pekerjaan
yang telah tentu
itu
janganlah digaduhkan sangat hendaklah
sabar
mengerjakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sesak dada (nafas)
Susah
bernafas.
;
Penuh
dengan
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
40
41
42
43
44
[45]
46
47
48
49
[c] 2021 Petak Ajaib PLT