Bahasa Rakyat

1. menentukan hadnya (banyaknya, luasnya, perenggannya, dll), membatasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntukkan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang pelanggan- [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Terdahulu, lebih dua juta pelajar Korea Selatan kembali ke sekolah pada pagi Rabu selepas penularan wabak COVID-19 mengehadkan pergerakan rakyat di republik tersebut. [www.astroawani.com]
menyumbangkan (membelanjakan, mengeluarkan) sebahagian wang, harta dsb utk kebajikan: dia selalu ~ hartanya semata-mata mendapatkan keredaan Allah; mereka akan ~ semua keuntungan itu kpd ahli ibadat, zuhud dan ulama. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
menggosokkan, mengusapkan: ia minta hamba ~ lengannya yg terseliuh; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
menyediakan sirih lengkap dgn kapur dll (utk dimakan): Tuan Putera Dayang Seri Jawa pun ~ sirih; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
BINTANG tenis Georgia, Nikoloz Basilashvili, yang menduduki ranking ke-27 dunia didakwa semalam kerana mencederakan bekas isterinya secara fizikal. [www.hmetro.com.my]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT