Bahasa Rakyat
Add
Hinggap saja bagai (bak) langau titik saja bagai (bak) hujan
Yang
terjadi
dengan
tiba-tiba
tanpa diketahui terlebih
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Awal diingat akhir tidak alamat badan akan binasa
Kalau
tidak
berhati-hati
akhirnya akan merana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gelang tidak laga sebentuk laga keduanya
Sesuatu
perkelahian
itu
tidak
berasal
daripada
satu
pihak
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga
Kalau
asalnya
tidak
baik
kesudahannya pun
juga
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kelemahan bagi pihak seteru kamu itu ialah sebahagian daripada kekuatan kamu
Bila
musuh kita lemah dengan sendiri tambah kuat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asam di gunung ikan ditebat dalam belanga bertemu juga
Kalau
ada
jodoh
tidak
ke
mana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai langau di buntut gajah
Orang
yang suka
bermanja;
mengekori
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hari ini terlebih baik daripada esok
Perkara
yang
boleh
dibuat
hari
ini
jangan
ditangguhkan sampai
esok
kerana
mungkin
esoknya
ada
halangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Imam yang adil itu lebih baik dari pada hujan yang lebat; imam yang aniaya itu lebih jahat daripada petir sepanjang hari
Sekalipun
orang besar
itu
mulia
kalau
perbuatannya
jahat
martabatnya akan lebih rendah dari rakyat biasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hari baik (pagi) dibuang(-buang) hari buruk dikejar-kejar
Peluang
yang
baik
tidak
dipergunakan
bila
telah
suntuk
waktunya
lalu
terburu-buru.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
38
39
40
41
42
[43]
44
45
46
47
[c] 2021 Petak Ajaib PLT