Bahasa Rakyat
Add
Hilang dicari terapung direnangi terbenam diselami
Menolong
orang dalam
kesusahan.
;
Sesuatu
hal yang
tersembunyi
diselidiki dan diperiksa dengan
cermat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tangguk rapat kerontong bubus
Suami
pandai mencari wang isteri memboros.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gerakan di bawah tanah
Gerakan gelap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tuah melambung tinggi celaka menimpa badan
Orang
yang
sentiasa
mengalami
kesusahan
dan
hilang
pengharapan
kerana
sesuatu
musibah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putih tulang di kandung tanah budi (yang) baik terkenang juga
Budi
bahasa
tetap diingat
orang
walaupun sudah mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sementara menunggu (menanti) padi masak berjagung-jagung dahulu
Sementara menunggu
untung besar
eloklah
buat
pekerjaan
yang
kecil-kecilan
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Memagar kelapa condong buahnya jatuh ke ladang orang
Kita yang memelihara
orang
lain
mendapat
hasilnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak ayam pulang ke pautan
Tidak
canggung;
Sesuai
pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai berebutkan tembolok
Perebutan kerana keuntungan yang sedikit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Utang tiap helai bulu
Menyatakan
hutang
yang sangat
banyak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
37
38
39
40
41
[42]
43
44
45
46
[c] 2021 Petak Ajaib PLT