Bahasa Rakyat
Add
Seperti gertap keling lidah terjelir mata berpusing-pusing
Orang
penakut
tetapi buat-buat berani supaya
orang
takut
kepadanya suka menggugut
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti petai sisa pengait
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lebuh sempit kuda penyepak jalan licin tebing berkelok
Suatu
kesulitan
atau
kesusahan
untuk melakukan
suatu
pekerjaan
apalagi
jika
tidak
berkemahiran.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tanduk tak terpulas telinga dipulas
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lenggang bagai sirih jatuh tak tahu tampuk laju
Orang
yang
berjalan
melonjak-lonjak kerana suka
atau
sombongnya
tidak
tahu
kekurangan
diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hidung belang (putih)
Lelaki yang suka
mengganggu
perempuan. ;
berperangai
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti air titik ke (di) batu
Lambat
hendak
masuk
pengajaran
kepada
orang
yang
jahat
atau
degil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti telap dengan tudung
Berpatutan
atau
berpadanan dua
orang
suami
isteri yang sama
elok
keduanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedekat-dekat tepi kain dekat jua tepi bebat
Keluarga sendiri lebih
dekat
daripada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tanduk bersendi gading
Orang
yang sudah cantik diperhias lagi
bertambah
cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
37
38
39
40
41
[42]
43
44
45
46
[c] 2021 Petak Ajaib PLT