Bahasa Rakyat
Add
Daun dapat dilayangkan getah jatuh ke perdu juga
Tidak
sama kasih kepada
anak
sendiri dengan
orang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau takut dilimbur pasang jangan berumah di tepi pantai (laut)
Kalau
tak suka didatangi
tetamu
jangan
tinggal di
tempat
yang ramai;
takut
susah
melakukan
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang campak bunga takkan kita campak tahi
Jika
orang
berbuat baik
kepada kita
masakan
membalasnya dengan
kejahatan
pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lembu bertanduk panjang tidak menanduk pun orang kata menanduk juga
Kalau
biasa
berbuat jahat
tidak
bersalah tetap dikata
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Udang tidak tahu akan bongkoknya
Tidak
insaf akan keadaan dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cikil berhabis
Lokek
hendak
mengeluarkan sedikit wang pada
perkara
yang
patut;
tetapi
boros
kepada
bukan-bukan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan pasang selalu di mana surut sentiasa
Keadaan yang
tidak
tetap terutama
melibatkan
kekayaan
dan darjat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kilangan patah awak itulah pengimpitnya
Orang
yang
mendapat
celaka
kerana kesalahan sendiri
tidak
boleh
menyesal kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Garam dikulumnya tidak akan hancur
Pandai menyimpan rahsia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagai minyak dengan air
Orang
yang bermusuhan
atau
tidak
sehaluan
mustahil
dapat bergaul
menjadi
satu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
37
38
39
40
41
[42]
43
44
45
46
[c] 2021 Petak Ajaib PLT