Bahasa Rakyat
Add
Kelam disigi lekung ditinjau
Sesuatu
hal yang
kurang
terang hendaklah diselidiki dan diperiksa saksama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak dapat melangkah batang menyusup ke bawahnya lepas juga ke sebelah
Tiap-tiap larangan
atau
gendala
jika
tidak
dapat dialahkan dengan
jalan
kekuatan hendaklah
ikhtiar
yang
lemah lembut.
;
Mengalah
orang
kuat muslihat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pelepah bawah luruh pelepah atas jangan gelak
Orang muda
jangan
sangka
orang tua
sahaja
yang mati maut
tidak
memandang umur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak mandi di air kiambang pelak lepas gatal pun datang
Apa
yang diperolehi
sekalipun
berguna
tetapi
kemudian
akan
mendatangkan
kesusahan
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Setempuh lalu sebondong surut
Menyatakan
kerukunan;
Sanggup
sama-sama
menanggung
susah
senang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah tempang jangan dipimpin; kut (takut) mati dihempap di tubuhnya
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bergantung kepada (di) rambut sehelai
Sentiasa
di
dalam
kecemasan
dan
keluh kesah
sebab
harapan yang
tidak
kuat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ternak bergembala parak berpagar
Harta benda
yang
harus
dijaga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tampan sudah langgam terbawa
Orang
yang sempurna dan
tidak
kelihatan
cacat
celanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tekek di rumah tinggal
Kedaifan
rupa
seorang
dalam
masa dia sedang menghidap sakit tenat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
36
37
38
39
40
[41]
42
43
44
45
[c] 2021 Petak Ajaib PLT