Bahasa Rakyat
Add
Umpama bunga mekar dipakai layu dibuang
Kasih yang
kekal
bila
ada
kekurangan
bertukar
menjadi
benci.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tuma dikain putih ia putih dikain hitam ia hitam
Pandai
menyesuaikan
diri tapi
tidak
jujur kerana
hendak
menyelamatkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air surut kapar hilir sama air pasang ia tersangkut
Dalam
masa
susah
orang
yang diajak sama
bila
dah senang ditinggalkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terloncat-loncat bagai ulat panang
Melompat
kerana
kesukaan. ;
Resah
gelisah.
;Anak gadis
yang lincah perangainya. Mengada-ngada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kusut di hujung lari (bawa) (ke)di pangkal
Kalau
menemui jalan buntu
tinjau
semula
dari
asal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terkelip-kelip bagai katak disemburi
Orang
yang
tidak
dapat
menjawab
perkataan
disoalkan padanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ular menelan babi cacing bengkak perut
Orang
yang
iri hati
melihat
kejayaan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Macam betung seruas
Terlalu jujur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hantu bungkus (golek kapan kocong)
Hantu
yang
berbungkus
seperti mayat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menghitung bulu kambing
Kerja
susah
dan sia-sia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
36
37
38
39
40
[41]
42
43
44
45
[c] 2021 Petak Ajaib PLT