Bahasa Rakyat
Add
Mulut manis mematahkan tulang
Jika
seseorang
disuruh dengan
lemah lembut
(mulut manis)
nescaya
sukalah hatinya dan pastilah ia
bekerja
sehabis-habisnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana kayu bengkok di sanalah (hendak) musang meniti
Tempat
yang
tidak
dijaga
baik
disitulah
pencuri
datang;
Siapa
lengah
akan
mendapat
bencana;
Orang
bodoh
mudah
kena
tipu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai helang menyongsong angin
Gagah
dan berani
apabila
menentang musuh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menabur benih di tanah yang subur
Berbuat baik
kepada
orang
yang
tidak
tahu
mengenang
budi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti baung di bawah bangkar
Sungutan
yang didengar dari
orang
tidak
diketahui.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Garam di laut asam di (darat) gunung; dalam belanga bertemu juga
Persahabatan
yang
tidak
dapat dipisahkan. ; Lelaki dan perempuan; walaupun tingal
berjauhan;
kalau
ada
jodoh
tetap akan berkahwin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sampan ada pengayuh tiada
Hendak
melakukan
sesuatu
tetapi
tidak
cukup
syaratnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Amra jangan disangka kedondong
Jangan
pandang rupa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kubur kata mari rumah kata pergi
Sudah terlalu tua
hampir
mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anak nahkoda kasap; pangkal hilang hujung lesap
1.
Cuba
membuat
kerja yang
tidak
diketahui akhirnya rugi
sahaja.
2.
Tidak
pandai berniaga
hingga
sama sekali.
3.
Berbelanja
berlebihan
merugikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
36
37
38
39
40
[41]
42
43
44
45
[c] 2021 Petak Ajaib PLT