Bahasa Rakyat

perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Menurut Aina, dia bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu apabila peminat memuji kemantapan vokalnya walaupun menyanyi sambil memakai pelitup muka. [www.hmetro.com.my]
perihal bertingkah, perbalahan, perselisihan, persengketaan, pertikaian: ~ itu haruslah diselesaikan bersama-sama;  tingkah I. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Kita juga acap kali mendengar kejadian pertelingkahan dan perbalahan yang diakibatkan oleh pihak terbabit hilang kewarasan akal fikiran selepas meminum arak. [www.hmetro.com.my]
perihal mungkar, penderhakaan: ~ anaknya membantah segala cakapnya belum diketahui oleh mereka sekalian. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Kaab bin Ubai pula menyatakan, syurga Firdaus untuk mereka yang menyeru kepada kemaarufan dan mencegah kemungkaran . [harakahdaily.net]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT