Bahasa Rakyat
Add
Hati yang ringan meringankan beban yang berat
Pekerjaan
yang
berat
itu
dirasa ringan jika dibuat dengan suka
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang berpuru itu gatal tubuhnya nescaya menggaru juga kerjanya
Perbuatan
yang
jahat
itu
kelak
akan diketahui
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Si untut yang berkutil
Orang
yang
kaya
bertambah
hartanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dengan sesenduk madu dapat lebih banyak ditangkap serangga daripada dengan cuka sesenduk
Tutur kata yang
baik
lebih
berkesan
untuk
mendapatkan
sahabat
daripada
muka
masam
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak bersuntingkan bunga yang belum diseri kumbang
Hendak
beristerikan
gadis
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Baharu bertatih hendak berlari langsung tersembam
Membuat
pekerjaan
lebih
daripada
yang
terdaya
dirinya
juga
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Silap cakap kena radak hilang jiwa percuma sahaja bercakap memandang-mandang
Perkara
rahsia haruslah dituturkan berpilih tempatnya
jangan
sampai
menyusahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang bulat datang berguling; yang pipih datang melayang; yang jauh menjadi dekat
Keuntungan
atau
kemewahan
yang
datang
daripada
berbagai-bagai
punca;
Orang
bertuah
itu
apa
dihajatinya mudah dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merajuk pada yang kasih; manja pada yang sayang; berkaul pada yang keramat
Kena pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti hendak meluruskan ekor beruk
Sia-sia menasihati
orang
degil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT