Bahasa Rakyat
Add
Tidur tak lelap makan tak (nyaman) kenyang
Orang
yang
bersusah
hati
kerana terlalu
banyak
perkara
difikirkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak bergendang ke Sirukan perut kenyang emas boleh
Keuntungan
atau
kemurahan
yang diterima secara berlebih-lebihan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan serek luka makan ditajak esok kita ke bendang juga
Walau
susah
melakukan
pekerjaan
yang
mendatangkan
keuntungan
itu
digagahi
juga
membuatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau pandai mencincang akar mati lalu ke pucuknya
Kalau
pandai dengan
satu
tindakan
sahaja
boleh
mengalahkan
orang;
Kerja yang
efektif.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dibakar tidak hangus dijemur tidak kering direndam tidak basah
Orang
yang
degil;
Tidak
mengubah
kata-kata telah dituturkan; Tiada dapat dipengapakan
seseorang
keras
atau
terlebih berkuasa
daripada
kit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya
Orang
yang melakukan
kejahatan
dengan kehendaknya sendiri
atau
kerana
memang
begitu
tabiatnya
bukan
sebab
suruhan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dulukan yang dulu makan garam
Utamakan
orang tua
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di lurah maka makan angin; di bukit maka hendak air
Berkehendakkan
sesuatu
tidak kena
pada tempatnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mulut tabuh dapat disumbat mulut orang bagaimana menyumbatnya
Jika
suatu
rahsia diketahui
orang
nescaya
akan
tersiar
khabarnya
kerana mulut
tidak
dapat ditutup.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pohon besar yang dinaikkan sakat
Orang
kaya
juga
bertambah
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT