Bahasa Rakyat
Add
Kalau sesangkar sekali pun yang bayan itu bayan juga serindit serindit juga
Tidak
serupa walau
satu
keturunan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tuman makan anak
Menodai
anak
sendiri
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Akan surut airlah gedang akan lalu jalanlah semak
Serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Walau ikan yang diam di dalam tujuh lautan sekalipun; termasuk dalam pukat juga
Walau
bagaimana
kuat dan pandai
orang
itu
ada
masanya terpedaya
atau
terkena
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Karam di laut boleh ditimba karam di hati (sedih sekali) bilakan sudah
Kesedihan
orang
yang
dalam
kesusahan
kerana
kematian
kekasih
lebih
daripada
kesedihan
kehilangan
harta.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jirus bagai bulan akan habis
Modal
yang
makin
lama
kurang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tak bermeriam baiklah diam
Orang
yang
miskin
dan lemah
itu
usah
banyak
berkehendak
jika
tidak
ada
daya terimalah
nasib.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama galah di tengah harus
Perasaan keluh-kesah yang dirasai
oleh
orang dalam
kesusahan;
Sesuatu
sentiasa
tidak
tetap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tunggul kayu kalau ditarah pelicin diikut juga jangankan manusia
Pengajaran
yang sempurna
itu
dapat
juga
membaiki
orang
lambat laun.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas
Siapa yang
membuat
kesalahan dialah sendiri
menanggung
akibatnya.
; melakukan akan
terasa
bersalah
bila
orang
lain
menyindir
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT