Bahasa Rakyat
Add
Kail sebentuk umpan seekor sekali putus sekali berhanyut
Orang
berniaga dengan rugi sedikit jika
hilang
langsung; Melakukan
sesuatu
tanpa mempunyai persediaan yang
cukup
untuk
menghadapi
segala
kemungkinan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti katak di bawah tempurung
Orang
yang
cetek
pengetahuan. ;
tidak
pernah melihat
tempat
orang
lain
menyangka
dialah paling
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siap bakar berpuntung suluh
Setiap
perkara
yang
hendak
diterangkan hendaklah disertai dengan keterangan yag
cocok
kejadian
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai aur bergantung ke tebing bagai tebing bergantung ke aur
Tolong
menolong
antara
satu
sama
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kucing di atas tembok (tampuk)
Orang dagang
yang meninggalkan
anak
isterinya
ke
negeri
lain. ;
mempunyai dua tugas dan
tidak
tahu mana
harus
di
beri
perhatian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Malu berkayuh (berdayung) perahu hanyut (malu bertanya sesat jalan)
Malu
bertanya
akan mengulangi
kesilapan
tersebut;
Orang
yang malu
berusaha
tentulah
hidup
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tupai bergelut
Kehebatan
hulubalang
atau
pahlawan
menentang musuhnya ketika
bermain
pedang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana kelentung berbunyi di situ kerbau tinggal diam
Di mana negara
aman
di situlah
penduduk
tinggal
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buah kedempung; di luar berisi di dalam kosong
Orang
bongkak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pasang jerat sembilan mata pelanduk terjerat terkial-kial mata satu (pisau) penyudahnya
Muafakat beramai-ramai kerana
mengerjakan
suatu
pekerjaan
yang
berat
supaya
menjadi
ringan; Ramai
berpenat lelah
tetapi merasai
nikmat
seorang
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT