Bahasa Rakyat
Add
Gajah bergajah-gajah; kancil mati tersepit
Kalau
raja yang
berkonflik;
rakyat
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama burung di dalam sangkar mata lepas badan terkurung
Hidup
terkongkong;
Orang dagang
mencari
hiburan
di
negeri asing.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lauk di kiri pisau di kanan; lambat laun bertemu juga
Kalau
sudah
jodoh
tidak
akan
ke
mana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Api nan tak kunjung padam
1.
Hidup
selamanya-lamanya; 2. Semangat yang
tidak
akan
padam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lampai bagai pimping di lereng lemah bagai lenggundi muda
Puji-pujian
terhadap
perempuan catik yang mempunyai
potongan badan
cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sejernih-jernih air kalau melalui pembuluh yang kotor tentu kotor juga
Rezeki
yang dicari dengan
cara
salah
tetap
haram.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kaki mendorong badan binasa
Segala
janji
mesti ditepati
bila
berbuat
sesuatu
berani
menanggung
akibatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai pucuk ru ke mana ditiup angin ke situlah melentur
Dua
benda
yang sama asalnya tetapi
satu
lebih digemari kerana kelebihannya;.
Orang
tidak
tetap pendiriannya
Cuma
mengikut
orang ramai
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Baik membawa resmi ayam betina
Tidak
usah menunjukkan
keberanian
jika
mendatangkan
mudarat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana buah kedempung di luar berisi di dalam kosong
Orang
yang
tidak
berpengetahuan
hanya
membesar-besarkan
cakap
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT