Bahasa Rakyat
Add
Jika tak takut mati tak se asyik perang jika takut alah tak asyik sabung
Perang
dan
judi
kedua-duanya menasyikka tetapi
mendatangkan
kecelakaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kecil berlauk-lauk makan dengan sambal lada
Suka
menyombongkan
kepandaian
atau
keuntungannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Alim yang kikirkan ilmunya seumpama senjata yang berkarat di dalam sarungnya dan si jahil yang enggan belajar seumpama si buta malu bertongkat.
Orang
yang
berilmu
tidak
mahu
menyebarkan
ilmunya dan
orang
bodoh
belajar
kedua-duanya
mendapat
manafaat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Engkau belum mencapai pengayuh aku telah sampai ke seberang
Orang
yang tahu
motif
seseorang
dengan melihat tingkahlakunya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sumbang mata memandang itik bertaji ayam berkerat susuh
Hairan
melihat
perkara
yang dilakukan
tidak
dengan sewajarnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak dirasuk menjeriau
Tidak kena
pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika biang boleh menembuk jika genting boleh memutus jika membuas berani memijakkan jika gugur berani menampung
Kuasa
seseorang
kadim
untuk memutuskan
sesuatu
perkara
yang
terjadi
dalam
kalangan sanak saudaranya dan dia bertanggungjawab jika berlaku lingkungan saudaranya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa lagilah pemakan berulam bertemu pucuk
Tidak
menolak
sesuatu
yang disukai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak dapat bercermin dengan air yang berkocak
Jangan
minta
pendapat
dari
orang
yang sedang risau.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menjaga diri itu menakuti seteru kamu kerana bahawa kelalaian kamu itu memberanikannya
Kalau
kita lalai musuh
menjadi
semakin berani.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
35
36
37
38
39
[40]
41
42
43
44
[c] 2021 Petak Ajaib PLT