Bahasa Rakyat
Add
Hilang jasa beliung timbul jasa rimbas
Hilang jasa
seseorang
kerana
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai keluang bebar petang
Keluar beramai-ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Muda akan tua hidup akan mati dunia akan tinggal bilatah lagi?
Orang
yang
ingin
berseronok
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti burung gagak pulang ke benua
Orang dagang
yang telah
pulang
ke
negerinya tetapi perginya
tidak
sedikit pun
berubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kumbang terbang tak tersaing (burung terbang tinggal di belakang)
Sangat pantas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang campak bunga takkan kita campak tahi
Jika
orang
berbuat baik
kepada kita
masakan
membalasnya dengan
kejahatan
pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti api makan kapas
Merbahaya
yang berlaku
dengan serta merta
ke atas
orang
lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti beras basah ditampi tak berlayang diindang tak berantah hujung tiada disudu oleh itik
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi
Bagaimana
kita beringat
ada
masanya terlalai dan
membuat
silap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerbau sekawan boleh di kandang; manusia seorang tak terkawal
Sukarnya menjaga
seorang
anak gadis
supaya
tidak
tercemar
nama baik
keluarga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
35
36
37
38
39
[40]
41
42
43
44
[c] 2021 Petak Ajaib PLT