Bahasa Rakyat
Add
Bagai kerakap atas batu hidup segan mati tidak mahu (hidup enggan mati tak mahu)
Orang
yang
sentiasa
hidup
dalam
kesusahan
atau
kesakitan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak makan ajar
Sangat
degil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada berorang di air (rumah)
Perempuan yang
belum
pernah
bersuami
tetapi tiada gadis lagi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hidup tidak kerana doa mati tidak kerana sumpah
Berusahalah dengan tenaga dan
fikiran
sendiri janganlah mengharapkan sangat akan
pertolongan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tali busur tidak selamanya dapat diregang
Tak kan
boleh
bekerja
tanpa
rehat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak kaya berdikit-dikit hendak bertuah bertabur urai hendak berani berlawan ramai
Jimat
tangga
kaya
murah hati
tuah dan
banyak
lawan
mendatangkan
berani
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adapun peria itu kalau ditanam di atas sakar dan dibaja dengan madu lagi disiram dengan manisan serta diletakkan di atas tebu sekalipun apabila masak pahit juga
Kalau
memang
tabiat
jahat
tidak
akan jadi
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kena pada ikan bersorak kena pada batang masam
Ketika
untung
bergembira ketika rugi marah-marah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Oleh kecek lemak hilang ribu dengan ratus
Suka berbual
banyak
rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah
Tentu
ada
sebab-sebabnya maka
sesuatu
perkara
itu
dilakukan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
35
36
37
38
39
[40]
41
42
43
44
[c] 2021 Petak Ajaib PLT