Bahasa Rakyat
Add
Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya
Ilmu
tidak
menjadi
penghalang
kerja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau ku buka tempayan budu barulah (mu)tahu
Jika dibukakan rahsia tentulah malu
orang
yang mempunyai
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa gunanya memasang dian di tengah hari jikalau malam alangkah baiknya
Tidak
berguna
menerangkan
perkara
yang telah diketahui lebih
baik
belum
diketahui.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti jari di tangan ada yang bercincin ada yang tidak
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada takut akan antah
Tiada
takut
pada sesiapa pun.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau sama tinggi kayu di rimba di mana angin akan lalu
Kalau
manusia sama
sahaja
sukar melaksanakan kerja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bangsat tidak tahu disukarnya
Tidak
insaf akan keadaan dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar jika tidak kerana bunga kembang di taman
Lelaki akan berulang
alik
di
tempat
ada
perempuan cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak tertikam tuah oleh berani
Tidak
dapat
mengalahkan
orang
berani jika
tidak
ada
tuah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lautan yang dalam sudah diselam rata buyung di dapur tak tahu apa isinya
Negeri
yang
jauh
sudah dilawati dan
ambil tahu
tetapi hal rumahtangga sendiri
tidak
diperiksa
bagaimana
keadaannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
34
35
36
37
38
[39]
40
41
42
43
[c] 2021 Petak Ajaib PLT