Bahasa Rakyat
Add
Belum tegak hendak berlari
1.
Membuat
pekerjaan
belum
sampai masanya. 2. kerja
tidak
mengikut
tertib. 3.
Belum
berjaya
sudah bergirang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gelang di tangan orang hendak dirampas tidak dapat; cincin di jari sendiri tercabut hilang
Yang diusahakan
tidak
dapat; yang
ada
hilang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dilambai tidak nampak diseru tidak dengar
Orang
yang
amat
degil
dan
tidak
mahu
pula mendengar
ajaran
orang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau siapa gali lubang dia masuk dahulu
Sesiapa yang mulakan
sesuatu
tidak
baik
dia merasa
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebab berkelahi dengan perigi akhirnya mati dahaga
Orang
yang melawan perintah
orang
berkuasa tentu akan
mendapat
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang diamalkan sudah pecah yang dimaksud sudah tercapai
Segala maksud dan
tujuan
telah
tercapai
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebab tiada tahu menari dikatakan tanah lembap
Tidak
tahu
membuat
kerja dikatakan alatnya
tidak
betul.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti wayang kepadaman damar
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau panjang beri ruas; kalau pendek beri berbuku
Tentukan aturan-aturan
sesuatu
pekerjaan
atau
rundingan supaya
jangan
kacau.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau laba bercikun-cikun buruk di beri tahu orang
Orang
yang tamak jika
mendapat
untung
berdiam-diam diri
sahaja
tetapi
kalau
merugi
atau
celaka
dia
minta
pertolongan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
34
35
36
37
38
[39]
40
41
42
43
[c] 2021 Petak Ajaib PLT