Bahasa Rakyat
Add
Lembu bertanduk panjang tidak menanduk pun orang kata menanduk juga
Kalau
biasa
berbuat jahat
tidak
bersalah tetap dikata
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Barang yang kamu gemari itulah menjadi senjata seteru kamu
Musuh kita tahu kelemahan terletak pada
apa
yang
sukai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lagi teduh lagi berkajang lagi terang lagi bersuluh
Memilih yang
sebaik-baiknya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tengah makan putus suap
Baru
hendak
senang
datang
pula
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak tinggi terlalu jatuh; hendak panjang terlalu patah
Orang
yang suka
meninggikan diri
akhirnya
jatuh
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harapkan hati hendak memeluk gunung apa akal tangan tak sampai
Kehendak
hati
terlalu
besar
tetapi
tidak
berupaya
hendak
menyampaikannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada berorang di air (rumah)
Perempuan yang
belum
pernah
bersuami
tetapi tiada gadis lagi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dilambai tidak nampak diseru tidak dengar
Orang
yang
amat
degil
dan
tidak
mahu
pula mendengar
ajaran
orang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai rupa orang terkena beragih
Muka masam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan lari gunung dikejar (hilang kabus nampaklah dia)
Tidak
perlu tergesa-gesa
mengerjakan
sesuatu
yang telah tentu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
34
35
36
37
38
[39]
40
41
42
43
[c] 2021 Petak Ajaib PLT