Bahasa Rakyat
Add
Seperti parut dimuka puru dibibir
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tinggi tampak jauh yang dekat julung bersua
Pemimpin yang dipuji dan dikeji.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebingkah tanah yang terbalik sehelai akar yang putus sebatang kayu yang rebah
Menerangkan tanda tiap-tiap
orang
itu
sah
memiliki
tanah
atau
kampung halaman
yang diusahakan sendiri; tentang kelahiran
anak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air surut kapar hilir sama air pasang ia tersangkut
Dalam
masa
susah
orang
yang diajak sama
bila
dah senang ditinggalkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum tentu lagi ayam sedang disabung
Dua
pekerjaan
yang sedang dikerjakan
atau
dua
orang
berlainan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak kaya oleh emas pembawa tak gadis oleh kain berselang
Orang
yang betul-betul
berasal
dalam
satu
negeri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak kaya oleh emas pembawa tak gadis oleh kain berselang
Orang
yang
mengagungkan
dirinya sendiri dengan
menyatakan
kekayaannya akan menolong
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang jasa beliung timbul jasa rimbas
Hilang jasa
seseorang
kerana
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Singkat diulas panjang dikerat
Yang
kurang
ditambah yang lebih dikurangi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rambut ditarik jangan putus tepung pun jangan terserak
Membuat
sesuatu
dengan
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
34
35
36
37
38
[39]
40
41
42
43
[c] 2021 Petak Ajaib PLT