Bahasa Rakyat
Add
Di mana api padam di sana puntung tercampak (di mana periuk pecah di situlah tembikar tinggal)
Di mana
seseorang
mati di situlah dia dikuburkan (perumpamaan untuk
orang
miskin
atau
berdagang)
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tergising-gising bagai anak tiada diaku
Ingin
mendekati
orang
yag
tidak
sudi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri haruslah dusun itu dibuangkan
Jikalau kerana
seorang
dagang rusuh
atau
kacau bilau
dia mestilah dikeluarkan dari sana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lamun ada ubi ubi; tiada ubi gadung jadilah
Sementara
menantikan
sesuatu
yang lebih
baik
kurang
pun
boleh
juga
digunakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dia sudah tegak di batas
Dia sudah
menjadi
penyamun
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai pinang pulang ke tampuknya
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Garamnya yang masin
Perkataan
yang diturut
orang
atau
permintaannya diterima
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harap anak buta sebelah mata; harap teman buta kedua-duanya
Jangan
Cuma
mengaharapkan
orang
membuat
kerja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Selapik seketiduran sebantal sekalang hulu
Orang
yang
bersahabat
karib
seakan-akan
tiada dapat bercerai-cerai lagi
makan tidur
bersama-sama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ditepuk air di dulang terpercik kemuka sendiri
Jika kita memberi malu kepada
saudara
kira sendiri yang akan
mendapat malu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
34
35
36
37
38
[39]
40
41
42
43
[c] 2021 Petak Ajaib PLT