Bahasa Rakyat
Add
Memagar kelapa condong buahnya jatuh ke ladang orang
Kita yang memelihara
orang
lain
mendapat
hasilnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tunggul kayu terbakar di tengah huma
Rupa
seseorang
yang sangat
hitam legam
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak dapat tanduk telinga pulas
Jika
seseorang
itu
degil
dan
tidak
mahu
mengikut kemahuannya akan dipergunakan
orang
lain
yang lemah pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kura-kura di kaki ditinggalkan burung terbang dikejar (penyu di pantai dikejar)
Yang
dekat
dan tentu dapat ditinggalkan; yang
jauh
serta payah mendapatnya dikejar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menanti ara hanyut
Mengharapkan
sesuatu
yang
tidak
tahu
datang
ataupun
tidak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana kain (benang) putih
Hati
yang jujur dan
ikhlas;
Anak
kecil
akan mengikut
corak
pendidikan
diberi; Pekerti dipengaruhi
orang
sesuka
hatinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Memagar kerambil condong buahnya jatuh ke ladang orang
Kita yang memelihara
orang
lain
mendapat
hasilnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ayam termakan rumput (rambut)
Bunyi
nafas
orang
sesak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mengisi tempayan bocor
Menyerahkan wang kepada
orang
yang
tidak
tahu berjimat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah mengoncang girik
Sangat tua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
34
35
36
37
38
[39]
40
41
42
43
[c] 2021 Petak Ajaib PLT