Bahasa Rakyat
Add
Seperti kucing menyembunyikan kuku terlihat panggang berubahlah laku
Pura-pura
baik
sehinggalah bertemu dengan
apa
yang disukainya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerbau menanduk anaknya dengan papar tidak dengan hujung
Ibu
yang memukul anaknya untuk memberi
pengajaran
dan
bukan
menyiksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama kasihkan bunga seceper terbuang bunga sekaki
Kerana
kasihan
kepada
orang banyak
disia-siakan kaum yang
seorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tangan penat memerah pasu mendapat santan
Kita penat
atau
rugi
membuat
sesuatu
pekerjaan
tetapi
orang
lain
merasa nikmatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Memakai dunia berganti-ganti yang hidup sesarkan mati dengan mati itu bernanti-nanti
Baka yang turun
temurun
itu
tidak
akan putus.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti gayung (cebuk) dengan tempayan
Anak
yang
menghabiskan harta
ibu
bapanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana cembul dengan tutupnya
Sesuai
sekali
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti santan dengan tengguli (gula)
Dua hal yang
benar-benar
bersetuju.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menjungkit-jungkit bagai bilah lantai
Kelakuan
orang
yang mengada-ngada kerana
kekayaan
dan sebagainya diperolehi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tuah melambung tinggi celaka menimpa badan
Orang
yang
sentiasa
mengalami
kesusahan
dan
hilang
pengharapan
kerana
sesuatu
musibah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
33
34
35
36
37
[38]
39
40
41
42
[c] 2021 Petak Ajaib PLT