Bahasa Rakyat
Add
Panas setahun hujan sehari liput tanjung dengan pulau
Kebaikan
yang
banyak
boleh
hilang
kerana kesalahan sedikit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti dekan di bawah pangkal buluh
Pandai menyimpan rahsia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lalu (lantas lulus) di (pada) akal
Boleh
diterima
akal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hempas tulang berisi perut
Penat
bekerja
dapat
makan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama kijang dirantai dengan rantai emas jikalau ia terlepas lari juga ia ke hutan
Dagang yang tertawan
itu
dipelihara
sebaik
manapun jika terlepas akan kembali
ke
tempat
asalnya
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana kumbang menyeri bunga: kumbang pun terbang bunga pun layu
Lelaki yang suka
mempermainkan
gadis.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada bekibar panji-panji sutera yang mulia melainkan berdiri di tiangnya yang hina
Raja
menjadi
besar
dan
mulia
kerana
hormat
rakyat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama gula di dalam mulut
Barang
yang telah
ada
dalam jagaan
kita
bila
suka
boleh
digunakan;
Sesuatu
pekerjaan
senang dibuat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Busut juga yang ditimbun anai-anai
Orang
kaya
jualah yang
bertambah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Semalap-malap puntung di dapur ditiup bernyala juga
Pekerjaan
yang di
buat
dengan
bersungguh-sungguh
itu
akhirnya akan sudah
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
33
34
35
36
37
[38]
39
40
41
42
[c] 2021 Petak Ajaib PLT