Bahasa Rakyat
Add
Bergalah ke hilir tertawa buaya bersuluh di bulan terang tertawa harimau
Perbuatan
bodoh
ditertawakan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Patah dikempas sumbing dititik hilang diganti
Terus menerus selalu
ada
gantinya (yang mati
atau
hilang
diganti yang
lain).
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke mana gunung disesar hilang kabus tampak juga
Sesuatu
perkara
atau
pekerjaan
yang telah tentu
itu
janganlah digaduhkan sangat hendaklah
sabar
mengerjakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai meludah ke langit muka juga yang basah
Melawan
orang
yang
tidak
akan melawan; lebih berkuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adakah daripada telaga yang jernih itu mengalir air yang keruh?
1. Tutur kata
orang
yang
tidak
baik
itu
biasanya
rendah tarafnya. 2.
Jangan
diharapkan
sesuatu
mustahil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak ditelan termengkalan nak diludah (luah) tak keluar
Serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Keris (dan) pedang tiada tajam lebih tajam mulut manusia
Mulut manusia sangat
berpengaruh
dan
boleh
membinasakan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hari ini tidak bernasi di balik kerak
Belum
selesai semua
perkara.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti (embacang) bacang buruk kulit di luar buruk dalam manis
Orang
yang kelihatan
tidak
pandai tetapi
sebenarnya
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siang terkenang-kenang makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak basah berminyak tak licin
Teringat-ingat
pada
orang
itu
sepanjang masa. ; Sangat
merindui.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
32
33
34
35
36
[37]
38
39
40
41
[c] 2021 Petak Ajaib PLT