Bahasa Rakyat
Add
Pilih-pilih ruas terpilih yang buruk
Terlalu memilih dapat yang dibenci.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harimau mati meninggalkan belang gajah mati meninggalkan tulang (manusia mati meninggalkan nama)
Orang
besar-besar dan
orang ternama
itu
mati
hingga
berapa
lama pun akan disebut
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telinga yang lembut itulah yang kerap dipulas (yang bodoh itu ditipu orang)
Barang siapa
yang murah hatinya keraplah
orang
meminjam
apa-apa
padanya;
Orang
penurut
itu
selalu di perkudakan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa yang menjala siapa terjun
Siapa yang
ingin
dialah mesti
berusaha.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai si Jimban hendak hilir
Orang
yang
lengah
atau
lembab.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiap-tiap batu yang bergolek di dalam sungai itu tidak akan dilekati lumut
1.
Orang
yang
tidak
tetap pekerjaannya akan
kaya.
2. Tabiat suka
bertukar-tukar
kerja merugikan
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tuah diajam tahi yang keluar
Terlampau
ingin
kemuliaan
langsung jadi
hina.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana makan di situ berak
Orang
yang mencabul
kehormatan
anak bini
orang
di tempatnya
menumpang
atau
berbuat baik
kepadanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ditakikkan bagai berendang disepakkan bagai berayam
Sesuatu
yang diberikan
tidak
cukup
terang;
Orang
diberi kerja
sepadan
dengan gelarannya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Oleh kecek lemak hilang ribu dengan ratus
Suka berbual
banyak
rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
32
33
34
35
36
[37]
38
39
40
41
[c] 2021 Petak Ajaib PLT