Bahasa Rakyat
Add
Orang di suruh di beri belanja orang ditambat diberi makan orang diambil diberi harta
Tiap-tiap yang disuruh hendaklah diberi belanjanya untuk
menunaikan
kerja-kerja
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya
Ilmu
tidak
menjadi
penghalang
kerja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berkilat sahaja haram tidak makan
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mara jangan diminta rezeki jangan ditolak
Jauhilah diri
daripada
perkara-perkara yang
boleh
menyusahkan
kita dan
mendatangkan
kebaikan
jangan
tolak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belakang parang pun kalau diasah akan tajam jua
Betapapun bodohnya
seseorang
kalau
rajin mengajarnya akan pandai
jua
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Garam kami tidak masin kepadanya
Tidak
dipedulikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana kapak terjatuh di situ baji makan
Di mana
perkara
atau
kecederaan
tumbuh disitu pula dihukum diselesaikan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Parang tak tahukah tumpulnya (parang tak tahu ditumpulnya)
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah yang dialahkan oleh pelanduk
Orang
berkuasa
alah
kepada
orang
lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pukat terlabuh ikan tak dapat
Kepenatan yang sia-sia
dalam
sesuatu
pekerjaan
belum
diketahui
untung
ruginya tetapi telah dikerjakan;
Kemalangan
tidak
beruntung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
32
33
34
35
36
[37]
38
39
40
41
[c] 2021 Petak Ajaib PLT