Bahasa Rakyat
Add
Hujan tak sekali jatuh simpai tak sekali erat
Sesuatu
pekerjaan
itu
tidak
dapat diselesaikan dengan sekaligus.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ubun-ubun masih bergerak sudah angkuh.
Belum
cukup umur
tetapi sudah
hendak
beristeri dan melawan
orang tua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lagi jatuh ditimpa tangga
Berturut-turut ditimpa
malang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana kelentung berbunyi di situ kerbau tinggal diam
Di mana negara
aman
di situlah
penduduk
tinggal
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bulan di pagar bintang
Gadis yang cantik dikelilingi gadis-gadis kelihatan
bertambah
cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kering tempayan cebuk pun jauhlah.
Anak
yang
mahu
hampir
dengan
ibu
bapanya pada masa senang
sahaja
apabila
susah
ditinggalkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Malu berkayuh (berdayung) perahu hanyut (malu bertanya sesat jalan)
Malu
bertanya
akan mengulangi
kesilapan
tersebut;
Orang
yang malu
berusaha
tentulah
hidup
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Garam tumpah (apa kepada) apakah tempatnya?
Kematian
seorang
miskin
atau
hina
itu
tidaklah
menjadi
suatu
kebandingan dengan
orang
yang tinggal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seekor ayam tak berkokok hari tak siangkah?
Hanya
seorang
yang
tidak
bersetuju dengan
sesuatu
permuafakatan
masakan
itu
akan
menjadi
batal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lambai (lampai) bagai pimping di lereng lemah bagai lenggundi muda
Keindahan
bentuk
tubuh wanita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
31
32
33
34
35
[36]
37
38
39
40
[c] 2021 Petak Ajaib PLT