Bahasa Rakyat
Add
Akar terjumbai tanda siamang bergayut
Daripada
tutur kata dapatlah diketahui kesalahan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buah kepayang dimakan mabuk dibuang sayang
Sesuatu
yang sedikit
sekali
gunanya
hendak
dibuang sayang disimpan
membahayakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak berberas akan ditanak
Tidak
ada
kepandaian
dalam
ilmu
yang ditunjukkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepuluh jong (kapal) datang anjing bercawat ekornya juga
Tidak
mahu
berubah
walaupun telah
banyak
perubahan
berlaku disekelilingnya;
Orang
yang
tidak
menghiraukan langsung hal disekelilingnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai langau di buntut gajah
Orang
yang suka
bermanja;
mengekori
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gunung (bukit) juga yang dilenjang panas
Perkara
yang telah tentu usahlah digopohkan; hendaklah
sabar
mengerjakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anak harimau jangan dipelihara (dibela)
1.
Orang
jahat
jangan
dibuat
kawan.
2.
Jangan
berbudi
dengan
orang
yang
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bujuk lepas dari bubu
Seperti
orang
bodoh
mendapat
sengsara.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kayu buruk buruk dipanas reput di hujan
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pipit yang makan padi merbah terbawa rendong
Orang
yang
tidak
berbuat salah
malah
baik
tetapi kerana dia
ada
di
tempat
berlaku
sesuatu
jahat
turut
dituduh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
31
32
33
34
35
[36]
37
38
39
40
[c] 2021 Petak Ajaib PLT