Bahasa Rakyat
Add
Baru bertunas sudah dipetik lama-lama matilah pokok
Baru sedikit
untung
sudah belanja
besar-besaran.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mati badan dikandung tanah nama beredar ke mana-mana
Nama
orang
yang
masyhur
dikenang sampai
bila-bila.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jalan mati lagi dicuba inikan pula jalan binasa
Orang
yang berani
itu
tidak
membilang
lawan
atau
memilih
perbuatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Darah tidak baik
Keturunan
kurang
elok
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dia sudah tegak di batas
Dia sudah
menjadi
penyamun
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sumur di tepi jalan (siapa harus boleh diminum)
Perempuan yang
tidak senonoh
kelakuannya dan memilih
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah beruban baru berguam
Orang tua
berlagak
muda.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa gunanya bulan terang dalam hutan jikalau dalam negeri betapa baiknya
1. Kerja
sia-sia. 2.
Tidak
ada
guna
menunjukkan
kepandaian
dikalangan orang-orang yang
tidak
mengetahuinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari
Suara
yang
amat
sedih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah terdorong kepada kukur tinggallah tempurung sahaja
Telah mengikut cakapnya rosaklah diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
30
31
32
33
34
[35]
36
37
38
39
[c] 2021 Petak Ajaib PLT