Bahasa Rakyat
Add
Seperti bulan kesiangan hari
Muka yang terlalu pucat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama orang memelihara dirinya dalam sarang lebah
Terlalu
susah
hendak
mengawali
diri dari
bencana
atau
musuh yang
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kejayaan melawan hawa nafsu jahat kamu yang awal itu ialah kubu bagi menjauhkan banyak yang lain yang akan datang kelak
Kalau
selamat dari godaan
pertama
selanjutnya lebih mudah dilawan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Silap cakap kena radak hilang jiwa percuma sahaja bercakap memandang-mandang
Perkara
rahsia haruslah dituturkan berpilih tempatnya
jangan
sampai
menyusahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pelanduk yang dekat ditinggalkan rusa yang jauh yuang dikejar
Kerana mengharapkan
untung besar
yang tak
pasti
kecil
dibuang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Condong puak ke uratnya; cinta manusia kepada bangsanya
Tiap-tiap
orang
lebih suka kepada keluarganya sendiri
daripada
lain
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ilmu dan akal dihalai-balai; itulah tanda orang yang lalai
Manusia mestilah
menggunakan
masa yang
ada
dengan melakukan
sesuatu
berfaedah
seperti
menambah
ilmu
pengetahuan untuk
mendapat
kelebihan di
dunia
dan
akhirat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang kaya yang tidak murah itu seperti pelita malap
Harta
orang
bakhil
itu
tidak
ada
faedahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anak ayam yang tiada beribu
Tidak
ada
tempat bergantung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa melejang siapa patah
Siapa yang
keras
kehendaknya untuk melakukan
sesuatu
pekerjaan
dia jugalah akan merasai kesukarannya
atau
menanggung
rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
30
31
32
33
34
[35]
36
37
38
39
[c] 2021 Petak Ajaib PLT