Bahasa Rakyat
Add
Dinanti sampai kucing bertandukpun takkan tiba (takkan balik takkan gugur)
Usaha
yang
tidak
berhasil;
Pekerjaan
sia-sia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau di bawah menyusup (melompat) kalau di atas menyusup
Buat
kerja
ikut
keadaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seekor kuman kena pelantik darah menimpa setara alam
Orang
miskin
bertemu
jodoh
dengan
orang
kaya
semua
bercakap
mengenainya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masak malam mentah pagi (siang)
Perkara
yang telah ditentukan tetapi
kemudian
berubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak air pancuran terbit hendak ulam pucuk menjulai
Yang diperoleh lebih dari yang dikehendaki;
hasil
diperolehi
daripada
diharapkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti merak mengigal di hutan
1. Kerja
sia-sia. 2.
Tidak
ada
guna
menunjukkan
kepandaian
dikalangan orang-orang yang
tidak
mengetahuinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pecah buyung tempayan(ku) ada (boleh juga menyuci kaki)
Tidak
menjadikan
hal jika
hilang
sesuatu
kerana gantinya telah sedia
ada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Doa tolak bala
Doa
memohon
supaya
dijauhkan
dari bala
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mencari belalang atas akar
Kerja yang
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana kerbau: di mana ada rumput hijau di sana menerkam
Tidak
mengendahkan
bahaya
kerana melihat
barang
yang digemari.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
29
30
31
32
33
[34]
35
36
37
38
[c] 2021 Petak Ajaib PLT