Bahasa Rakyat
Add
Memahat di dalam baris (berkata dalam pusaka)
Mengerjakan
sesuatu
dengan aturannya supaya selamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Benci akan mencit seekor rengkiang disiar
Kerana
takut
bahaya
yang
kecil
dibuang keuntungan
besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menanduk anak dengan kaparan tanduk bukan dengan hujungnya
Hukuman
itu
bukan
penyiksaan tetapi
peringatan
agar
tidak
melakukan kesalahan lagi terutama untuk
anak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merapat sambil belayar belayar sambil memapan
Dengan
satu
perbuatan
dua tiga
tujuan
tercapai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Patah tongkat berjereman (berjerimang)
Mengerjakan
sesuatu
dengan
sedaya upaya;
Tidak
putus asa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Duduk meraut ranjau berdiri mengintai jarah
Orang
yang
sentiasa
membuat
kerja; Perlu selalu beringat untuk
mendapatkan
sesuatu
berfaedah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke sawah tidak berluluk mengambil cekerau
Mendapat
keuntungan tanpa perlu
bersusah
payah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tuma menyorokkkan hulu
Orang
yang telah
berbuat
sesuatu
hal
memalukan
dicuba untuk melindungi diri dari malu
itu
dengan
cara
berdalih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Janji sampai sukatan penuh (bilangan genap)
Meninggal
dunia;
Telah sampai
ajal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Diiringkan menyepak dikemudiankan menanduk
Serba
menyusahkan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
28
29
30
31
32
[33]
34
35
36
37
[c] 2021 Petak Ajaib PLT