Bahasa Rakyat
Add
Gedang bagai dilambuk-lambuk; tinggi bagai dijunjung
Membanggakan
diri sedangkan kelebihan
tidak
ada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tepuk perut tanya selera
Membuat
keputusan
sendiri untuk melakukan
sesuatu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Setumpul-tumpul pisau jika diasah akan tajam juga
Sesabar-sabar
orang
jika dihasut akan melawan
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedekat-dekat tepi kain dekat jua tepi bebat
Keluarga sendiri lebih
dekat
daripada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hidung laksana kuntum seroja dada seperti mawar merekah
Hidung
dan
dada
perempuan yang cantik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang
Seseorang
raja tentulah akan mengutamakan
perkataan
pembesarnya
daripada
orang
kebanyakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kini gatal besok digaruk
Hajat
atau
permintaan
yang
terlambat
diberi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tebuan meminang anak labah-labah
Orang
miskin
hendak
bersemenda
dengan
anak
orang
yang
tidak
sama taraf; Jawapan
seseorang
untuk
mengelakkan
diri dari
tuduhan
bahawa dia bersalah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kecubung (gadung) berhulam ganja
Sama-sama
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar sebab balutan kulit ada di batangnya.
Orang
yang
baik
bersubahat
dengan
jahat
akhirnya akan binasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
28
29
30
31
32
[33]
34
35
36
37
[c] 2021 Petak Ajaib PLT