Bahasa Rakyat
Add
Baik jadi ayam betina supaya selamat
Usah kita menunjukkan
keberanian
dan
kesombongan
kerana hal
itu
kelak
akan
mendatangkan
mudarat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Runding banyak nan ke disebut
Kalau
banyak
berunding dapat muafakat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada pun anjing itu jikalau dipukul sekalipun berulang juga ia kepada tempat yang banyak tulang itu.
Orang
yang
jahat
walaupun dihukum akan terus melakukan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana kutu (nak) makan kalau tidak di kepala?
Anak
meminta
daripada
bapa;
Yang
miskin
yang
kaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kurang budi teraba-raba; tidak ilmu suluh padam
Orang
yang
kurang periksa
dalam
sesuatu
perbuatan
akan
mendapat
kesusahan
usahanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah lalu dibeli; kusa (kosa) tiada terbeli
Mengerjakan
sesuatu
yang
mustahak
tetapi melupakan perkara-perkara
kecil
tidak
kurang
pentingnya untuk
menjayakan
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pinang di belah dua
Sama-sama cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asal kuda itu kuda juga; dan keldai itu keldai juga
Segala-galanya
menurut
asalnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lebih ikan kerana sirip lebih burung kerana sayap
Tiap-tiap pakar
ada
kelebihannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada harga
Tidak
berguna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
28
29
30
31
32
[33]
34
35
36
37
[c] 2021 Petak Ajaib PLT