Bahasa Rakyat
Add
Keris tersisip di dinding; pedang tajam dalam sarungnya
Kerja bodoh;
Sebelum
berjuang sediakan kelengkapan dan pastikan berada
dalam
keadaan
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Patah tumbuh hilang berganti
Terus menerus selalu
ada
gantinya (yang mati
atau
hilang
diganti yang
lain).
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tidak dihinggapi lumut
1.
Orang
yang
tidak
tetap pekerjaannya akan
kaya.
2. Tabiat suka
bertukar-tukar
kerja merugikan
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpan habis pancing putus punca terlepas dari pada tangan
Sia-sia; Rugi
sama sekali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rusa di hutan kancah sudah terjerang
Sesuatu
yang
belum
diperolehi sudah direka-reka kegunaanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lalang yang ditanam takkan padi yang tumbuh
Jika
membuat
kerja yang sia-sia
itu
tentulah
tidak
mendatangkan
faedah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kambing lepas ke ladang (parak)
Orang
yang
hidup
dalam
kemewahan
dan
boleh
membuat
apa sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke hulu kena bubu; ke hilir kena tingkalak
Tidak
dapat lari
daripada
bahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lemah diraih pantai dititi
Sikap
orang
yang
bijaksana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Besar di bawah pisang royangan besar di bawah tebu berlengkar
Belum
berpengalaman
[
Malay Civilization
]
peribahasa
28
29
30
31
32
[33]
34
35
36
37
[c] 2021 Petak Ajaib PLT