Bahasa Rakyat
Add
Kalau hendak geneng di tepian bawa labu kecil liang rasa akan penuh ditumpahkan
Kelakuan
orang
yang
hendak
meninggikan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lemak manis jangan ditelan pahit jangan dimuntahkan
dan timbanglah
sebelum
membuat
keputusan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tak padi sembarang kerja tak jadi
Orang
yang
miskin
dan lemah
itu
usah
banyak
berkehendak
jika
tidak
ada
daya terimalah
nasib.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidakkah gajah yang begitu besar yang diam di dalam rimba itu dapat ke tangan manusia?
Tidak
boleh
kita
berpegang
sangat kepada kekuatan
atau
keyakinan
dan
kemuliaan
kerana ia lenyap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika tidak tersapu arang ke muka baik mati daripada hidup
Lebih
baik
mati
daripada
menanggung malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masa lagi rebunglah hendak dilentur jangan dinantikan sampai menjadi aur
Mendidik
anak
biar
semasa
masih kacil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Baharu bertatih hendak berlari langsung tersembam
Membuat
pekerjaan
lebih
daripada
yang
terdaya
dirinya
juga
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tiada hak sendiri anak mata terdiri-diri
Kalau
kita
tidak
berwang tidaklah dapat
memiliki
atau
menikmati
sesuatu
dan terpaksalah merasa
hampa
sahaja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Niat hati hendakkan emas urai terambil niawak celaka
Hajat
di
hati
hendakkan
benda
yang
elok
tetapi
terdapat
tidak
diingini.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belakang parang pun kalau diasah akan tajam jua
Betapapun bodohnya
seseorang
kalau
rajin mengajarnya akan pandai
jua
[
Malay Civilization
]
peribahasa
27
28
29
30
31
[32]
33
34
35
36
[c] 2021 Petak Ajaib PLT