Bahasa Rakyat
Add
Jika tiada tersapu arang dimuka baiklah mati daripada hidup
Kalau
tidak
ada
lagi
ikhtiar
untuk
menutup
malu lebih
baik
mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum betul membilang jari sudah hendak berkuasa sendiri.
Kanak-kanak yang sudah
hendak
berlaku seperti
orang tua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau cerdik liar kalau bingung tengkar bicara tidak mahu kalah menang tidak pernah dirasa
Jika yang
membantah
dalam
sesuatu
perundingan
orang
liar kelihatan seperti
tidak
waras tetapi jika
cerdik
menjadi
dapat diajar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti benih baik di tanah yang subur
Berbudi
kepada
orang
yang tahu membalasnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Akan dijadikan tabuh singkat; akan dijadikan gendang berlebih
Serba
tidak
cukup.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada akan licin katak puru jika sentiasa berhujan sekalipun
Rupa yang
hodoh
bagaimana
berhias
sekalipun
tetap
tidak
akan
menjadi
elok.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Membilang kepada bini beranak tidak boleh disuruh
Suka
kahwin
cerai
ada
anak
tapi tak dapat faedahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak ucuk dilawan damai; hendak perang giling peluru
Hendak
berdamai
ya
hendak
berperang
disediakan senjatanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hidup seperti ayam tidak berinduk
Hidup
amat
susah
mencari
nafkah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya
Orang
yang melakukan
kejahatan
dengan kehendaknya sendiri
atau
kerana
memang
begitu
tabiatnya
bukan
sebab
suruhan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
27
28
29
30
31
[32]
33
34
35
36
[c] 2021 Petak Ajaib PLT