Bahasa Rakyat
Add
Anjing galak babi berani
1. Bertemu lawan yang
sepadan.
2.
Orang
akan
bergaduh
kalau
sama-sama garang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai padi hendak ke dedak
Menolak
apa
yang
baik
dan suka kepada
perkara
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Darah tidak baik
Keturunan
kurang
elok
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak geneng di tengah lebuh tahan galah bersijingkat; hendak geneng di tengah medan (gelanggang) tahan taruh (tampin) diayam (dinan) kuyu
Jimat
tangga
kaya
murah hati
tuah dan
banyak
lawan
mendatangkan
berani.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh buaya tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil
Jika kita tersalah biarlah dihukum
oleh
raja
atau
ditegur
orang
berilmu
jangan
dianiaya kecil-kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak ucuk dilawan damai; hendak perang giling peluru
Hendak
berdamai
ya
hendak
berperang
disediakan senjatanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon kayu yang tiada berbuah
Tidak
berguna
ada
ilmu
kalau
tidak
diamalkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Leka di kerak jarang kuku habis perut tak kenyang burung terbang dipipiskan lada
Kerja yang merugikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti keris yang tak payah diasami lagi
Orang
yang sudah bersedia
dalam
sesuatu
pekerjaan
tidak
perlu ditunjuk
ajar
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada meriam baik diam; tak ada lela baik merela
Jika
tidak
lagi berupaya melawan baiklah menyerah
sahaja
biar selamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
26
27
28
29
30
[31]
32
33
34
35
[c] 2021 Petak Ajaib PLT