Bahasa Rakyat
Add
Daripada bersahabat dengan orang yang bodoh baik berseteru dengan orang berakal
Tidak
guna
bersahabat
dengan
orang
bodoh
kerana
tidak
akan manafaat daripadanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang sejengkal (takkan boleh) tiada dapat jadi sedepa
Jika sudah ditakdirkan
seseorang
itu
rezekinya
sebanyak
itu;
bagaimana
kuat
sekalipun;
Jikalau
ajal
telah sampai;
tidak
dapat disambung lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Enak lauk seorang diri; enak nasi enak bersama
Manusia yang mempunyai
pendapat
sendiri tetapi di
dalam
soal-soal
pokok
mereka
sependapat dan sefahaman
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang tua diajar makan pisang
Sia-sia mengajar
orang
yang telah tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lepa di tangan jangan diharap orang pulang jangan di nanti mulut manis jangan didengar
Kata-kata
nasihat
supaya
jangan
lekas percaya dengan janji-janji
cemerlang
dan kata-kata yang bergula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anak ikan dimakan ikan tahu makan tahu simpan
Jika tahu
berbuat jahat
hendaklah menyembunyikannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kepapaan itu mencerdikkan si bodoh dan kekayaan itu membodohkan tuannya
Kerana
susah
terpaksa
berfikir
bila
terlampau
kaya
boleh
membuat
kerja bodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan didengar murai bercerita
Jangan
mendengar
hasutan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika hendak melempar anjing tidak kurang batu dijalan
Jika
hendak
memburukkan
atau
memfitnahi
orang
ada
sahaja
jalannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang bertakuk yang ditebang; yang bergaris yang dipahat
Kerja
ikut
aturan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
26
27
28
29
30
[31]
32
33
34
35
[c] 2021 Petak Ajaib PLT