Bahasa Rakyat
Add
Si tidur makanan si jaga si bingung makanan si cerdik
Orang
yang cuai selalu dikenakan
oleh
orang
cergas;
bodoh
ditipu
cerdik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak kerja golok Keling nak makan parang puting
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak serik luka dimakan tajak esok lusa ke bendang juga
Sesuatu
kesukaran
itu
tidak
pernah menghalangi
seseorang
untuk terus
berusaha
mencari
nafkah
hidupnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pisang tak akan berbuah dua kali
Sekali
tertipu
atau
kerugian tentu akan
berjaga-jaga
pada masa
datang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai cicak makan kapur
1.
Mendapat malu
kerana kesalahan
sendiri. 2.
Bersenang
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan dawai (dedak) (di punca kain)
Sangat
miskin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Aku bukan budak-budak makan pisang
Boleh
menjaga diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kucing takut akan balur
Lelaki yang
takut
atau
malu-malu
kepada perempuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laut tidak membuang sungai rimba tidak membuang latah
Orang
yang
besar
baik
dan
murah hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai ayam dimakan tungau
Orang
yang pucat lagi kurus
sebab
menghidapi penyakit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT