Bahasa Rakyat
Add
Sepantung elang dengan ayam lambat laun disambar juga
Kalau
dekat
mudah menimbulkan
perkara
negatif.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berhanyut dipintasi lulus diselami hilang dicari
Menolong
orang
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika langkah sudah terlangkahkan berpantang dihela surut
Kerja yang sudah dimulakan hendaklah disiapkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang campak bunga takkan kita campak tahi
Jika
orang
berbuat baik
kepada kita
masakan
membalasnya dengan
kejahatan
pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau bapaknya bergendang masakan anaknya tak menari
Kalau
bapanya
tidak
meyebarkan tentang ilmunya tentu anaknya akan
menyombongkan
ilmu
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air tenang jangan disangka tiada buaya
Orang
yang
pendiam
jangan
disangka
bodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kasihankan gajah (berusung) beruntung
Orang besar
itu
sungguh pun
hilang
kebesarannya tetapi kelebihannya masih
ada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Silap cakap kena radak hilang jiwa percuma sahaja bercakap memandang-mandang
Perkara
rahsia haruslah dituturkan berpilih tempatnya
jangan
sampai
menyusahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harap hendak bersubang biar telinga rampung
Kerana
ingin
menjadi
mulia
sanggup
menghabiskan harta.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau kumbang bukan seekor kalau bunga bukan se kaki
Lelaki
bukan
seorang
sahaja
di
dunia
ini
begitu
juga
perempuan
dunia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT