Bahasa Rakyat
Add
Hutang tembilang belum langsai; hutang tajak tiba pula
Hutang
lama
belum
habis
dibayar
hutang
baru sudah ditagih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sehabis hujan akan panas jua
Penderitaan
tidak
kekal
selamanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Langit yang tinggi hendak ditampar bumi yang dipijak tak dapat dicapai
Orang
yang berhajatkan
sesuatu
tinggi
atau
menjadi
ketua
tetapi pangkat rendahpun
tidak
dapat disandangnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau bapaknya bergendang masakan anaknya tak menari
Kalau
bapanya
tidak
meyebarkan tentang ilmunya tentu anaknya akan
menyombongkan
ilmu
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kuda yang baik tak bercerai dari pelananya
Orang
yang rajin
sentiasa
ada
kerja;
kena
suruh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di beri (di) bahu hendak ke kepala
Diturutkan
sekali
sahaja
kemahuannya ia terus
meminta
lagi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mati gajah tidak mendapat belalai mati harimau tidak mendapat belangnya
Pekerjaan
jahat
yang dilakukan dengan bersembunyi sehingga tiada
bukti
nyata
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anak panah yang terlepas dari busurnya tak dapat dikembalikan lagi
Rahsia
sekali
terbuka
tidak
akan
tertutup
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau sesangkar sekali pun yang bayan itu bayan juga serindit serindit juga
Tidak
serupa walau
satu
keturunan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada pun anjing itu jikalau dipukul sekalipun berulang juga ia kepada tempat yang banyak tulang itu.
Orang
yang
jahat
walaupun dihukum akan terus melakukan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT